<body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/sorry.swf"> Coretan tinta


Bila hati menyentuh rasa yang sama,
jiwa melahirkan perasaan yang indah..
Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza..
Hati , jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu..

Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca
walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…





|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|











Saturday, October 31, 2009
Hantaran Al-Quran

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..


"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.


Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.


"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.


" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.


"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..


"Oh. Bagus lah.. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.


"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.


"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.


"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.


"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.


" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.


"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.


Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ' terpukul ' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.



Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.


"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.


Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.


"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.


"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.  Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.


Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.


"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..


"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa ' d" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.


Surah Ar Rad

Surah Ar Ra ' d


"Apa benda nih" detik hati Nabil.


"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil..


Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ' uzubillahiminnass yaitaanirrajim. .


Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM.... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa ' ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.


Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ' ad..

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa ' ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya. 

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.


Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ' ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..
 
read dis..
 
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: ' When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ' Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga. '

Thereafter he turns to his dead companion and says, ' I am the Qur ' an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief. '

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala ' ul A ' laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala ' ul A ' laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: ' On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater s tat us than the Qur ' an, neither a Prophet nor an angel. '  Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ' Di hari pengadilan,dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat. '
Please keep forwarding this ' Hadith ' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana  Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse ' .
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat. '
May Allah bestow this favour on all of us.


- Jadikan Allah sebagai Kekasih, Al Quran sebagai Teman, Rasulullah sebagai Tauladan dan Mati sebagai Peringatan.

- Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..


- Sesungguhnya Allah tiada melihat kepada rupa dan amalan kamu, tetapi DIA melihat kepada hati dan niat kamu. Sesungguhnya hati itu lebih cepat bolak-baliknya dari makanan yang sedang mendidih di dalam periuk..

Posted at Saturday, October 31, 2009 by nurdia
Make a comment  

Thursday, July 30, 2009
Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...

 

 

Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd. 

Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu. 

Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia lagi kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya yang sombong dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri. 

Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya. 

Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama di rumahnya. Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang. 

Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong. Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya.

Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam. Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi semakin parah. 

Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan pula dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah. 

Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si ibu yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet. 

Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya. 

"Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong si kit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli, "rungut si ibu kepada anaknya. 

"Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula dengan suara yang kasar. 

Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang boleh dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu. 

Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk di meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi perhatian. Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka. 

Selepas lama berselisih faham, si anak sedi kit demi sedi kit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak meminta, cerewet dan terlalu ambil hati. 

"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya. 

Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah untuk emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak? " soal si anak lagi. "Alaaah....nak buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum. 

Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam. Matanya merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya mahu menuruti permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk. 

"Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya belikan," jawab si anak. 

Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak boleh beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan sedi kit aja. Sampai hati kau Man." 

Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya. 

"Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk anak kami juga!" katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas. 

Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, "katanya dengan kecewa. 

Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta ini!" 

Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah. 

Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau tau. Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? Bila masa dia besarkan kau? 

"Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingka n." 

Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!" 

Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah "membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. Tan pa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu. 

Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sa kit , namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia cuma kebetulan. 

Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis dan menangis. 

Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar lemah untuk melakukan i bad ah-i bad ah tersebut. 

Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut. 

"Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima balasannya," kata saya. 

Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka. 

Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila saya sebut nama mentuanya. 

Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi sa kit terus-menerus. Penya kit nya agak kronik dan gagal diubati doktor. 

Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama lain. 

Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia selepas menderita sa kit selama 10 tahun.
 

"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL." 

[Surah al-Israa ' 7:23-24.] 

Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: 

"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."

Posted at Thursday, July 30, 2009 by nurdia
Make a comment  

Thursday, June 25, 2009
Kisah Benar : Wasiat Buat Isteri Tersayang

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buatsemua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawinnanti, kisah nie biarlah tersemat di dalam jiwa.

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.


Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.


Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.


Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).


Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah :


1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.


2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.


3. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.


4. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.


5. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.


6. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."


Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

She should be thankful...she got the forgiveness from her husband.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Segala amal bermula dengan niat"

Wallahua'lam

Posted at Thursday, June 25, 2009 by nurdia
Make a comment  

Saturday, February 21, 2009
ibu misali....

OLEH NORHASHIMAH HASHIM*

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang-abang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun. "Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah,
berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik
mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih
menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."

"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak
tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga
abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu,
dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang
memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada
orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa
sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan
Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.

(Dewan Sastera Mei 2000)

Posted at Saturday, February 21, 2009 by nurdia
Make a comment  

Sunday, December 07, 2008
Kisah Benar....Buaian

Sayang anakku Akmal Haris - baby yg jatuh dr buaian kt nursery tahun lepas



BERAPA ramai ibu yang pernah menempuh pengalaman menyambut ulang tahun kelahiran anak dengan menyorongnya masuk ke bilik bedah.

Ketika anak tersebut sepatutnya girang meniup lilin dan memotong kek hari lahir sambil dikelilingi rakan-rakan sebaya, tubuhnya terlantar tidak bermaya di atas katil ditusuk jarum suntikan dan pisau pembedahan.

Pilu mendengarnya, tapi jauh lebih memilukan bagi yang pernah melaluinya. Bahkan, tiada kata-kata yang mampu mengungkap perasaan seorang ibu menempuhi pengalaman sebegitu.

Bagi ibu muda, Rozarina Bukari, 35, ia umpama mimpi ngeri yang akan menghantui kehidupannya sampai bila-bila.

Segalanya bermula apabila anak keempatnya, Akmal Haris Shamsul Anwar, satu tahun enam bulan, mengalami musibah atas kecuaian pihak yang diberi tanggungjawab melindungi dan menjaganya.

Setiap kali bercerita mengenai peristiwa malang itu, air mata Rozarina pasti deras mengalir.

Menceritakan semula tarikh hitam 7 September 2005, Rozarina masih mengingati satu demi satu detik cemas yang terpaksa dilalui.

Katanya, petang itu dia menerima panggilan daripada pengasuh dari pusat jagaan kanak-kanak (taska) tempat Akmal ditinggalkan pada pagi tersebut.

Si pemanggil beberapa kali meminta dia datang ke taska, tetapi peliknya enggan memberitahu sebabnya walaupun selepas didesak berulang kali.

"Hati saya sudah mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku. Bergegas saya ke sana dan setiba di sana saya lihat seorang pengasuh sedang mundar-mandir mendukung Akmal.

"Mulanya pengasuh berkenaan enggan menyerahkan Akmal sehinggalah saya menjerit supaya menyerahkan anak saya. Ketika dalam pangkuan, saya lihat keadaan Akmal sudah lembik tidak bermaya dan setelah didesak baru mereka memberitahu anak saya jatuh buai.

"Saat itu juga saya bawa dia ke klinik berhampiran dan doktor memberitahu keadaan Akmal serius perlu dihantar ke hospital. Doktor juga memberitahu anak saya sudah diserang sawan sekurang-kurang 40 minit sebelum tiba di klinik.

"Kemudian baru saya tahu, Akmal rupanya diserang sawan sebaik jatuh dari buai di mana tubuhnya jadi biru, muntah dan mulut berbuih. Malangnya, pengasuh taska mengambil masa lama untuk menghubungi saya,'' katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Mewah, Semenyih, Selangor.

Menurut Rozarina, saksi kejadian juga memberitahunya pengasuh taska membuai Akmal terlalu kuat dan tali nylon yang dijadikan tali buai putus menyebabkan tubuh kecil itu melambung ke dinding sebelum jatuh ke lantai.

Sambung ibu muda itu, ketika dihantar ke hospital keadaan Akmal begitu menyedihkan, kedua-dua mata hitamnya sudah tertarik ke tepi dan hanya mampu mengerang apabila dipanggil namanya.

"Ujian x-ray menunjukkan kepala Akmal retak dan berlaku pendarahan. Tapi yang lebih mengejutkan terdapat juga kesan darah beku yang sudah lama.

"Doktor mengandaikan Akmal sebelum ini sama ada jatuh atau digoncang dengan kuat berkali-kali. Kata-kata doktor amat mengejutkan saya kerana pihak taska tidak pernah memberitahu apa-apa tentang perkara itu.''

Buat pertama kali malam itu, Akmal memasuki bilik bedah dan kepalanya ditebuk untuk mengeluarkan darah beku.

Tiga jam berada di dalam bilik bedah, Akmal dibawa keluar dengan keadaan tubuh yang berselirat dengan wayar, langsung ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

"Sukar sungguh untuk saya menerima kenyataan. Bayi yang pagi tadi saya tinggalkan dalam keadaan sihat dan riang, kini terlantar tidak bermaya. Hanya Tuhan saja yang tahu sayu dan gundah-gulananya hati seorang ibu menyaksikan keadaan anak yang sedemikian rupa,'' katanya menyambung cerita.

Trauma yang dilalui Rozarina dan suami, Shamsul Anuar Saidin, 35, rupanya jauh lagi dari titik noktah kerana keadaan Akmal tidak berubah, bahkan bertambah teruk berikutan tekanan otak sebelah kanannya yang sangat kuat.

"Doktor meminta kebenaran untuk membuang tempurung kepala sebelah kanan bagi mengurangkan tekanan. Katanya, kepala Akmal ketika itu umpama air yang sedang 'menggelegak' yang bila-bila masa boleh 'meledak' jika penutup cereknya tidak dibuka.

"Doktor memberi dua kemungkinan, jika tidak dibedah Akmal mungkin tidak dapat diselamatkan dan jika pembedahan dilakukan anak saya mungkin lumpuh.

"Bayangkan apa pilihan yang saya ada ketika itu. Saya tidak mampu memberi jawapan kerana terlalu tertekan, tetapi pada hari ketiga saya reda membenarkan pembedahan dijalankan kalau itulah yang dapat mengurangkan penderitaan Akmal,'' katanya sambil menyeka air mata yang deras mengalir.

Selepas pembedahan, Akmal dimasukkan semula ke ICU dan keadaannya stabil, tetapi hujung jahitan pada tempurung kepalanya yang dibuang pula menghadapi masalah tidak mahu bercantum.

Doktor terpaksa membuka dan menjahitnya semula bahagian tersebut sebanyak tujuh kali tanpa menggunakan ubat bius kerana tubuh Akmal tidak boleh lagi menerima suntikan tersebut.

"Bayangkanlah kesakitan yang ditanggung, sedangkan kita yang dewasa luka sedikit pun sudah mengadu sakit, inikan lagi dijahit 'hidup-hidup'. Sampai sekarang masih terdengar-denger rengekan Akmal ketika jarum jahitan menusuk kulitnya."

Mungkin disebabkan kesakitan itu, pada hari ketujuh suhu badannya tiba-tiba naik hingga mencecah 40 darjah celsius. Seluruh tubuhnya menggeletar dan sentiasa mengerang seolah-olah menahan sakit yang amat sangat.

Doktor kemudian memberitahu, anak kecil itu perlu dibedah sekali lagi untuk membuang cecair yang terlalu banyak pada kepalanya yang saiznya semakin membesar.

"Ketika doktor memberitahu Akmal perlu dibedah sekali lagi, hati saya sangat berdebar dan naluri keibuan saya seolah memberitahu saya mungkin tidak akan bertemu lagi dengan anak cukup istimewa ini.

"Sebelum dibawa masuk bilik pembedahan saya cium wajah Akmal sepuas-puasnya. Saya bisikan pada telinganya yang saya sayangkannya dan halalkan susu yang dia minum.

"Saya lepaskan dia dengan hati yang berat tapi saya reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku,'' katanya.

Keluar dari bilik pembedahan, Akmal koma dan doktor terpaksa menebuk leher untuk memudahkan sistem pernafasannya. Keadaannya begitu tenat dan doktor sendiri memberi tempoh tiga hari untuk hidup kerana tekanan dalam kepalanya terlalu kuat.

Namun, memang benarlah Akmal anak yang istimewa, semangat untuk hidup begitu kuat dan dia terus bertahan biarpun tempoh ramalan doktor berlalu.

Rozarina tetap bersyukur kerana Akmal terus berada di sisinya walaupun dalam keadaan koma dengan matanya terbuka.

"Seperti yang saya kata tadi, Akmal memang anak yang istimewa. Dalam keadaan seperti itu dia masih bertahan, malah dipindahkan ke wad biasa.

"Kebetulan waktu itu sudah masuk bulan Ramadan. Sebulan saya berpuasa dan berhari raya di hospital. Sempat juga saya beli dan pakaiankan Akmal baju raya," katanya pilu.

Begitupun, keadaan akmal amat daif, badannya melengkung dan kakinya berlipat, sesekali air kencingnya mengandungi nanah.

Rasa lega Rozarina dan suami juga tidak bertahan lama apabila masalah lain pula muncul. Disebabkan pengaliran oksigen yang tidak lancar, kaki Akmal mengalami gengeran dan doktor mencadangkan kaki tersebut dipotong.

"Ia satu lagi pukulan yang maha hebat. Saya tolak saranan doktor kerana pada masa itu saya fikir kalaulah Akmal mahu 'meninggalkan' saya biarlah dalam keadaan anggotanya sempurna tidak ada cacat cela.

"Namun, satu hari saya ternampak daging kakinya yang gengeran luruh satu demi satu sehingga menampakkan tulang.

"Kerana terlalu terkejut saya jatuh terduduk. Saat itu juga saya izinkan doktor memotong kakinya jika itu jalan terbaik.

"Saya dapat rasakan dia cukup menderita. Namun, melihat keadaannya, saya insaf selagi Tuhan masih belum menjemput dia sebagai ibu saya perlu bertanggungjawab mencari penawar yang terbaik untuknya.''

Tiga bulan 'berumah' di hospital, Akmal akhirnya dibenarkan pulang ke rumah biarpun dalam keadaan yang begitu daif, hanya terlantar dan tidak boleh bergerak.

Usaha menyembuhkan Akmal tetap diteruskan dengan mencari rawatan alternatif seperti berurut dan fisioterapi.

"Alhamdulillah ada perubahan, badan yang melengkung kembali lurus, manakala kaki dan tangan yang berlipat sudah tegak semula,'' katanya yang kemudiannya menyambung tugasnya sebagai guru sekolah menengah selepas 'bercuti' panjang.

Begitupun kata Rozarina, kesengsaraan Akmal belum berakhir, giliran matanya pula menerima kesan daripada keadaannya yang koma.

Disebabkan keadaan mata Akmal sentiasa terbuka, tidak berkedip dan tiada air mata, mata hitamnya menipis dan berkemungkinan bocor.

"Doktor memberi pilihan sama ada untuk membuang biji mata yang rosak atau menutup terus dengan menjahit kelopak matanya,'' katanya.

Tidak tahu ujian apa lagi yang harus dilalui anak kecil ini, Rozarina hanya mampu berserah melihat kelopak mata anaknya dijahit rapat untuk selama-lamanya.

Dengan cara itu menurut doktor, biji mata akan kecut dan diliputi daging sekali gus mengelakkan daripada jangkitan virus jika ia dibiarkan terbuka.

Sejak kejadian malang pada usianya baru tiga bulan dan kini mencecah setahun enam bulan, Akmal sudah melalui sembilan pembedahan besar, tiga di kepala, tiga bagi membuang kakinya yang gengeran dan tiga pembedahan mata.

Terkilan
Biarpun reda dengan keadaan Akmal sekarang, jauh di sudut hati ibu kepada empat anak ini, masih terbuku rasa terkilan yang mendalam.
Keadilan yang dicari tidak kunjung tiba apabila pihak yang menyebabkan Akmal berkeadaan begitu masih bebas daripada sebarang tindakan. Bukan saja tidak dikenakan apa-apa hukuman, malah pihak berkenaan kini mengembangkan perniagaan dengan membuka sekurang-kurangnya dua lagi pusat jagaan serupa.

"Saya bukan berdendam, saya cuma mahu keadilan bagi Akmal dan supaya kejadian yang menimpa anak saya tidak berulang pada kanak-kanak lain. Siasatan oleh pihak polis terhadap kes ini sampai sekarang pun tak dengar khabar beritanya.

"Kalau kes ini kecuaian saya boleh terima lagi, tetapi ini kes penderaan. Doktor yang merawat Akmal pun mengakuinya. Saya anggap ia sama seperti kes merompak dan membunuh. Mereka sudah 'bunuh kehidupan' Akmal, merompak hak Akmal untuk berjalan, melihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain,'' katanya dengan air mata berlinangan semula.

Walaupun terlantar, tumbesaran Akmal seperti kanak-kanak normal lain dan kini beratnya sudah mencecah 11 kilogram.. Semakin meningkat usia, kos penjagaannya juga semakin tinggi, lebih-lebih lagi Akmal hanya bergantung pada susu khas berharga RM21 satu tin kecil dan dalam sebulan dia memerlukan sekurang-kurangnya 10 tin susu.

Penjagaan terhadapnya juga perlu dilakukan berhati-hati memandangkan sebahagian besar tempurung kepalanya sudah dibuang dan hanya diliputi kulit serta rambut hitam lebat.

Setakat ini menurutnya, hanya pihak Yayasan Kebajikan Negara yang mengambil peduli dengan memberi bantuan lampin pakai buang dan susu selama setahun.

"Pihak taska sudah tidak ambil tahu, malah sejak insiden itu mereka hanya datang dua kali menjenguk Akmal di hospital dan menghulurkan duit sebanyak RM2,000,'' katanya.

Selain dari segi kewangan, kejadian yang menimpa Akmal memberi kesan kepada seluruh keluarga termasuk tiga lagi anak Rozarina, Farhana Shamsul Anwar, 8, Adam Illman, 6 dan Aizad Haqimi, 3.

Menurutnya, sesekali mereka merungut tidak dapat lagi bercuti ke tempat-tempat yang mereka sukai.

"Bukan tidak mahu membawa mereka bercuti, tetapi keadaan Akmal menyukarkan untuk kami bergerak ke mana-mana. Begitupun, saya berusaha juga sedaya upaya memenuhi permintaan mereka,'' katanya.

Sebagai ibu, tekanan yang dirasai oleh Rozarina juga bukan kepalang hebatnya, lebih-lebih lagi apabila datang rasa rindu yang tidak tertahan pada anak kecil itu.

"Pada hari lahir saya baru-baru ini, dek kerana terlalu rindu dengan pandangan mata Akmal, saya bisikan pada telinganya, 'bukalah mata Akmal dan ibu ingin sangat melihat Akmal berjalan walaupun dalam mimpi'.

"Permintaan saya dimakbulkan Tuhan, sayangnya mimpi itu bukan berlaku pada saya sebaliknya pada pengasuh yang menjaga Akmal sekarang. Dia bermimpi melihat Akmal berlari dan tersenyum,'' katanya sambil mengesat air mata yang tumpah untuk sekian kali.

Posted at Sunday, December 07, 2008 by nurdia
Make a comment  

Tuesday, December 02, 2008
ULAT KELUAR DARI KEMALUAN...

Buat renungan bersama......



Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati.


Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehan nya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu.


“Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha..” kata Pak Cu merendah diri.


Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedi han jelas terukir pada wajah mereka.


Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. “MasyaAllah…” rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan.


Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.


Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.


Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. “Memang sah Ita terkena ilmu ‘Lubang Jarum’. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dilaknati agama”, kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk disisi anak kesayangannya itu.


Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu ‘Lubang Jarum’ ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.


Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama. Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian.


Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.


Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang. Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.


Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.


Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar.


Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah mencemarkan nama baiknya. Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap memperta han kan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula.


Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah terkena ilmu sihir.


Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu.. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.


Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.


Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.


Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t.


Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usa han ya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu.. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak.


Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak ta han lagi meratapi penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang terakhir.


Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa.


Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.


Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin.


Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.


Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu.


Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut.

Posted at Tuesday, December 02, 2008 by nurdia
Make a comment  

Saturday, July 19, 2008
kisah benar

Pengajaran wat yg dah kawin & bakal b'kawin...


Untuk dijadikan ikhtibar kepada semua.


Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami belum dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata kami.

Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran orang ketiga (anak ).

Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang tersendiri. Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di rumah. Disamping itu dia juga suka bermain chatting.

Kekadang rasa cemburu menyelinap juga di hatiku.


Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya.

Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar.

Padahal aku pergi ke cc berhampiran rumah kami. Di
sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar.

Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email. Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan identiti palsu.

Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku.

Aku menggunakan foto temanku.Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.

Pada satu hari aku dijemput menghadiri satu seminar tajaan majikan aku di Johor Bharu. Aku memberitahu isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tersebut.

Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temujanji. Dia menerima pelawaanku dengan senang hati. Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu.

Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur .

Melalui temanku secretary, aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya melalui telefon bimbit bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak lewat 5 jam.

Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju. Kira-kira pada jam 11.15 malam aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut.

Seperti yang dirancangkan temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka.

Temanku berjaya memainkan peranan sebagai aku.

Perbualan mereka di lobbi hotel seterusnya ke restoran hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam.

Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga. Isteriku bersetuju.

Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah. Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku.

Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah.

Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal. Dia tidak menyedari akan kehadiranku waktu itu.

Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur di kamar tersebut. Kini, keadaan kamar tersebut kini gelap gelita.

Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi.

Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan. Dalam kegelapan aku termenung sejenak.

Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati kekasihnya berada di sisi.

Dengan menggunakan wangian yang sama seperti temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa insan disisinya adalah aku.

Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon yang baik sekali daripada isteriku. Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakan ku.

Maka hubungan sulit antara aku dan isteriku berlangsung pada pagi itu. Dia memuji kehebatan aku. Setelah tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam.......aku pun menghidupkan lampu.

Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia. Mulutnya terkunci tak terkata apa. Pucat,menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool.

Aku tak cakap banyak sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan... Sehingga hari ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku.

Aku tidak mahu menjelaskan apa-apa.

Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya dia masih isteriku dan dan aku suami yg malang.

Kesimpulannya. ......... ...jangan sesekali memberani kan diri dlm membuat sesuatu hubungan sulit #####?? ? !!!! dan melayari chatting.... ... Padah akibatnya... .. kenapa perempuan lebih berani dari lelaki?

Apakah itu tandanya kiamat telah hampir akibat ketidak puashatian hak? Nauzubillah. ...

-Kisah Benar dari Seorang Hamba Allah-

Posted at Saturday, July 19, 2008 by nurdia
Comment (1)  

Saturday, April 05, 2008
Curangnya Seorang Suami

Jadikan renungan bersama...


"Maafkan abang, sayang."
Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami?

Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap ke dalam diri. Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama.

Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut?

Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang. Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi.

Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu. Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri.

Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu.  Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang sentiasa membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi.

Abang, malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang. Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang.

Mungkin kerana ketidakhadiran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu.

Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu, Abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu persahabatan.

Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kami adalah Farah. Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas. Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah?

Kata orang bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernah dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.
Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapkan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku.

Di kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku menarikku kesisi.

"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat kubayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang, walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.

"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu. "Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?" "Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan..."

Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk mengalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti dahulu.

"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah. "Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami."

Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian. "Abang masih belum jawab soalan Sayang. Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku cuba mendapatkan kepastian.

"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku. "Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. ." Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.

"Sayang.. Farah mampu menjadikan Abang...AYAH. ." Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..

"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.."

"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan Anak."

Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.

"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu." Segera aku bangkit dari dudukku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang.

Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini.

Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya... "Tapi Abang... Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang.."

Tersentak suamiku. "Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya. "Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang, Ayah, sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang. "

Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan, Abang.

Assalamualaikum suamiku.

~Cempaka Amira~

 

citer dr email utk kita kongsi bersama...

Posted at Saturday, April 05, 2008 by nurdia
Comments (2)  

Sunday, March 16, 2008
"KISAH YANG MUNGKIN NYATA"

 

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara keluarga sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya sesuatu yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya... .. siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku sesak... sukar untuk bernafas... . namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku... ... terus berjalan... .. ke kerongkongku. .. .sakittttttttt. .. ... .. sakit... ... rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... .

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku... ..Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh... ... ... khhhh... .. kerongkonganku berbunyi. Sakit... .. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras... .mataku terbelalak.. . .. air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja... . hilang dari pandangan.

Namun setelah itu... ... ... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... keluarga ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan kearahku... . Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia ?... Mengapa keluarga ku memeluknya sambil menangis... mereka menjerit... histeria ... lebih teruk ibuku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia... ... ... ... . ?? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia... ... .. dia... ... . dia mirip dengan aku... . ada apa ini Tuhan... ??

Aku cuba menarik tangan ibuku tapi tak mampu... .. Aku cuba pula untuk merangkul abang, kakak dan adik2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..Aku mulai berteriak... .. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis... .aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka. tak kuasa aku menangis... . berteriak... ... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Dalam hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk mereka. Tapi waktuku telah habis... ... . masaku telah terlewat... ... .. aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Posted at Sunday, March 16, 2008 by nurdia
Comment (1)  

Saturday, March 15, 2008
Hadiah yang paling ISTIMEWA

PAGI 16 Mei 2005, saya dikejutkan dengan beberapa orang anak murid yang meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni.

"Cikgu... Selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya.


Memang saya terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka.. Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya di-penuhi pelbagai jenis hadiah.
Ada yang membawa jambangan bunga,jam, bingkai gambar, kerongsang, tudung dan macam-macam lagi. Hari itu saya rasakan terlalu indah. Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda menghargai pemberian dan ingatan mereka.


"Terima kasih... bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya," pesan saya pada Anna lalu satu kucupan singgah di pipi gebunya. Di sisi Anna, saya lihat Mariam tersengih-sengih.


"Cikgu... Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi takbawa hari ni, lupa. Boleh cikgu, ya? " kata anak kecil itu bersungguh.


"Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa. Cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira," saya
cuba memujuknya kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.


Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka. Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencari daun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarga, atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.


Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tabika sambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh dua kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam.
Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari.


Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dengan pelbagai jenis hadiah. Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengka n kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah.


Seperti biasa, pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan; "Hadiah tu bagi kat cikgu, tau." Tatkala itu saya benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya.


Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dengan ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dengan senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dengan keadaan tubuh yang bermandikan peluh. Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa.


"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa.


"Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dengan rasa kasih yang mendalam.


"Tak apa... hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh.


Meriam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warna akibat dimamah cahaya matahari.
"Sekejapya, cikgu," kata Meriam yang masih tercungap-cungap kepenatan.


Saya lihat Meriam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya.
"Alaaaa... koyak pulak cikgu," rungut Meriam penuh kekesalan. Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya. Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Meriam keluarkan.


"Apa yang Meriam bawa tu? " saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama.


Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat lima biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung di kelopaknya.


"Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah.


Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Meriam masih tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.


"Cikgu... cikgu tak suka buah bacang ke? " tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan lima biji buah bacang yang bergulingan di atas meja.


Saya cuba tahan air mata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya.
"Taakkkkk... Cikgu... cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacan, ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong.


Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandi kan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itu membawa lima biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh dua kilometer.
Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam.


"Bagitau mak... cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi.
Anak kecil itu mengangguk. "Tengok Meriam pun bagi hadiah kat cikgu juga," katanya kepada kawan-kawan sambil tersenyum riang.


"Eleh.... buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak," kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya.


"Tak apa... semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak, semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.


Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa titis air mata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru.


Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang dengan perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya
lima biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam, bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main di ruang mata saya.


Tengah hari itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titik air mata ini tumpah lagi kepipi.
Terima kasih, Mariam.

Lima biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Posted at Saturday, March 15, 2008 by nurdia
Comment (1)  

Next Page








   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




credit card offers


rss feed